Notis Privasi PDPA 2010

Privacy notice PDPA 2010

 

Hanson ("kami") mengiktiraf kepercayaaan yang telah anda letakkan terhadap kami melalui urusan anda dengan pihak kami. Selaras dengan itu, kami amat komited untuk melindungi hak-hak dan privasi anda sebagai individu seperti yang termaktub di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 ("PDPA").

Untuk tujuan notis ini
  • "Data Peribadi" adalah sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung terhadap seseorang individu yang telah dikenalpasti atau boleh dikenalpasti daripada maklumat tersebut atau melalui maklumat lain yang kami perolehi.
  • Hanson merujuk kepada semua syarikat di dalam Hanson Group of Companies di Malaysia sebagaimana yang telah disenaraikan secara terperinci di dalam lampiran yang dikepilkan bersama-sama notis ini.
  • Notis ini adalah berkaitan atau relevan dengan anda sekiranya anda adalah seorang individu.
  • Jika pelanggan, pembekal atau rakan kongsi perniagaan adalah sebuah syarikat perkongsian atau lain-lain pertubuhan yang tidak diperbadankan, pemberian Notis Privasi ini ditujukan kepada syarikat perkongsian atau pertubuhan yang tidak diperbadankan itu yang mana ia hendaklah disifatkan sebagai notis yang diberikan kepada semua rakan kongsi atau semua pemegang jawatan ( sebagaimana yang berkenaan) bagi pelanggan, pembekal atau rakan kongsi perniagaan yang data-datanya telah dikumpul dan / atau diproses oleh pihak kami bagi tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan di sini.
  • Perkataan "anda", " anda punya " atau sebarang perkataan lain mahupun ekspresi yang membawa maksud yang sama bermakna pelanggan, pembekal atau rakan kongsi perniagaan.
  • Perkataan "kami", "kami punya" atau sebarang perkataan lain mahupun ekspresi yang membawa maksud yang sama bermakna Hanson.
  • "Pemprosesan" ertinya mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan data peribadi anda atau menjalankan sebarang operasi atau set operasi ke atas data peribadi anda.
Prinsip Perlindungan Data Peribadi
Notis ini diberi berdasarkan kepada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 seperti yang dinyatakan di bawah:
  1. Kami tidak akan memproses data peribadi anda tanpa kebenaran anda.
  2. Kami akan memberitahu anda secara bertulis sebab-sebab yang sah di sisi undang-undang data peribadi anda dikumpulkan dan sama ada anda wajib memberikan data peribadi tersebut.
  3. Kami tidak akan mendedahkan apa-apa data peribadi anda untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan yang dinyatakan di perenggan-perenggan berikutnya semasa proses pengumpulan data dibuat dan tidak akan mendedahkannya kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda.
  4. Kami akan mengambil langkah-langkah yang praktikal untuk melindungi data peribadi anda daripada mengalami apa-apa kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja mahupun pendedahan, pengubahan atau pemusnahan.
  5. Kami tidak akan menyimpan data peribadi anda lebih lama daripada masa yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan tujuan-tujuan yang sah di sisi undang-undang yang telah diperolehi.
  6. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda adalah tepat dan relevan hanya bagi tujuan yang sah dimana ia telah diperolehi.
  7. Kami akan memberikan anda akses kepada data peribadi anda yang dipegang oleh pihak kami supaya anda boleh menyemak dan membetulkan apa-apa maklumat peribadi anda agar ianya tepat, lengkap dan terkini.
Jenis data dan alasan kami mengumpulkannya

Data peribadi yang kami kumpul adalah termasuk nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/passport, alamat terdahulu dan yang terkini, nombor telefon/telefon bimbit, alamat e-mail, akaun bank, butir rujukan kredit, pekerjaan dan nombor lesen memandu serta apa-apa maklumat lain mengenai diri anda yang anda berikan kepada kami.

  • Dengan memberikan sebarang data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini membenarkan pihak kami mengumpul, menyimpan dan menggunakan data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:
  • menilai kesesuaian anda untuk membekalkan produk dan perkhidmatan kepada pihak kami
  • menilai permohonan/permintaan anda untuk membuka akaun anda dengan pihak kami
  • melakukan pemeriksaan yang perlu untuk kemudahan kredit dan mengelak penipuan
  • mengurus dan mengekalkan akaun anda dengan pihak kami
  • menyediakan perkhidmatan dan produk yang berkaitan
  • mentadbir dan mengurus segala perkhidmatan dan produk yang berkaitan termasuk pengiraan dan pengeluaran bil serta kutipan hutang
  • mentadbir, mengurus dan/ atau menguatkuasakan transaksi-transaksi komersial
  • menghubungi dan berkomunikasi dengan anda dan /atau wakil anda / syarikat yang telah anda lantik bagi pihak anda
  • mengemaskini, menyatukan dan memperbaiki ketepatan rekod kami
  • untuk tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko
  • mempertimbangkan permohonan pekerjaan dengan syarikat kami
  • mempromosi dan memasarkan perkhidmatan-perkhidmatan atau produk-produk lain yang kami anggap mungkin menarik bagi anda, melainkan jika anda menghubungi kami untuk mengeluarkan anda daripada senarai mel kami
Sebab penyediaan data peribadi adalah wajib

Penyediaan data peribadi adalah wajib melainkan jika pihak kami telah memberitahu kepada anda secara khusus hal yang sebaliknya. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya data peribadi yang mencukupi tidak dibekalkan atau tidak memuaskan kepada pihak Hanson, maka permohonan atau permintaan anda terhadap pihak Hanson bagi sebarang tujuan seperti di atas mungkin tidak boleh diterima atau dilakukan sesuatu ke atasnya atau kami tidak akan dapat memberikan pelbagai jenis manfaat dan/atau perkhidmatan dan/atau melaksanakan tanggungjawab kami di bawah apa-apa kontrak yang bakal ditandatangani ataupun kontrak yang sedia ada dengan anda.

Sumber data peribadi
Kami mungkin akan mengumpul data peribadi :
  • secara langsung daripada anda sebagai pelanggan, pembekal, rakan kongsi perniagaan kami, kakitangan dan pemohon (contohnya ; melalui telefon atau daripada dokumen seperti borang permohonan)
  • daripada pihak ketiga (contohnya ; dari anak-anak syarikat kami, agensi-agensi laporan kredit, wakil dan lain-lain)
  • daripada sumber-sumber umum yang boleh diperolehi
  • daripada organisasi-organisasi lain yang telah dikenalpasti tentang pendedahan maklumat seperti di perenggan berikutnya
Pendedahan Data Peribadi
Privasi Data Peribadi anda adalah suatu perkara yang amat penting bagi kami. Oleh itu, kami akan hanya mendedahkan maklumat peribadi yang kami perolehi kepada pihak ketiga dalam keadaankeadaan tertentu yang amat terhad. Pendedahan maklumat tersebut juga akan hanya dibuat tertakluk kepada perlindungan privasi dan kerahsiaan yang sesuai.
Dalam hal ini, organisasi-organisasi yang biasanya kami berikan maklumat peribadi tersebut adalah:
  • anak-anak syarikat kami dan badan-badan korporat yang berkaitan
  • penyedia perkhidmatan sumber luar yang menguruskan beberapa perkhidmatan / bidang tugas kami seperti :
    • urusan surat-menyurat
    • pengurusan dan pembayaran bil serta tuntutan hutang
    • pengurusan hal-hal pemasaran, logistik dan teknologi maklumat, serta
    • keperluan kemasukan data
  • pihak penguatkuasa kerajaandan organisasi-organisasi lain seperti mana yang dikehendaki
  • atau dibenarkan di sisi undang-undang
  • agensi-agensi pemeriksaan penipuan dan laporan kredit
  • lain-lain penyedia perkhidmatan kredit bagi hal-hal berkaitan pembiayaan kewangan dan
  • kredit
  • penasihat-penasihat profesional kami, termasuk akauntan, juruaudit dan peguam
  • wakil-wakil yang sah (misalnya; Penasihat Undang-Undang)

Disebabkan dasar globalisasi perniagaan kami, Hanson mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak lain di dalam Kumpulan Hanson dan/atau rangkaian HeidelbergCement (yang mungkin berada di luar negara) atau kepada mana-mana pihak yang berada di luar negara (termasuk negara yang mempunyai regim perlindungan hak data peribadi yang berbeza daripada negara di mana anda berada).

Walaubagaimanapun, sebarang Data Peribadi yang dipindahkan akan hanya diberikan atau didedahkan kepada pihak-pihak yang telah dinyatakan di atas dan untuk tujuan-tujuan seperti yang telah dinyatakan sahaja.

Penyimpanan dan Pengekalan Data Peribadi

Data peribadi anda akan disimpan sama ada dalam bentuk cetakan di pejabat-pejabat Hanson atau disimpan secara elektronik dalam pelayan yang terletak di dalam atau di luar Malaysia dan dikendalikan oleh pihak Hanson atau pembekal perkhidmatan di dalam atau di luar Malaysia.

Sebarang data peribadi yang diberikan oleh anda akan disimpan oleh pihak Hanson dalam tempoh yang diperlukan bagi memenuhi tujuan-tujuan seperti yang telah dinyatakan di atas atau untuk sebarang keperluan undang-undang, peraturan dan / atau bagi memenuhi keperluan perakaunan mahupun untuk melindungi kepentingan syarikat Hanson.

Pertanyaan Mengenai Data Peribadi

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai data peribadi anda (contohnya: pertanyaan mengenai data peribadi anda yang kami simpan, kemaskini mahupun yang telah dilakukan sebarang pembetulan atau pemadaman) anda boleh menghubungi Pegawai Privasi Hanson secara bertulis di alamat seperti yang tertera di bawah ini.

Privacy Officer Hanson Malaysia

Wisma Consplant 1 (5th floor)
No 2 Jalan SS 16/4
47500 Subang Jaya, Malaysia

Perubahan kepada Notis Privasi ini

Kami berhak untuk meminda Notis Privasi dari semasa ke semasa tanpa mengeluarkan sebarang notis atau makluman terlebih dahulu. Oleh yang demikian, sila semak Notis Privasi di laman web Hanson Malaysia kami secara berkala.

Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan.
Hanson Malaysia Group of Companies

Privacy Officer Hanson Malaysia

(in case of enquiries contact in writing)

Hanson Malaysia W501 5th Floor West Tower
Wisma Consplant 1 No 2 Jalan SS16/4
47500 Subang Jaya
Malaysia